Wednesday, December 24, 2008

Menunggu RESULT RAE satu debaran...


Getaraaannn jiiwwwaaaa... he he he...

Alhamdulillah... semua SWAL kini dah siap dan selesai menduduki RAE... kini tiba lah masa untuk menunggu result tersebut keluar...

PASS/FAIL?

Tu lah benda yang kita seram kan... bila kita tengok website MCMC nanti,
kita akan nampak benda macam ni dalam web MCMC kelak. Contoh la

- Mohd.f????B.???? No IC???? No index??? dan sekian sekian-----PASS =LEGA

-
Mohd.f????B.???? No IC???? No index??? dan sekian sekian----- FAIL = CUBA LAGI

-
Mohd.f????B.???? No IC???? No index??? dan sekian sekian---- ABSENT = Errr


tu lah tiga warna yang kita akan nampak, kalau mana yang lulus cepat cepat la pegi dapat kan tanda tangan 9Ms dan borang2 yg diperlu kan dan kepada yang tak lulus, Ingat! jangan putus ASA!!! Cuba lah Selagi daya.. kerana bedasarkan pengalaman.. ramai juga rakan ham yang tak lulus tapi takpenah jemu mencuba, hingga PASS!

Dorongan rakan-rakan adalah perlu.. rajinkan mereka yang fail tu supaya monitor di jaluran. ajak join aktiviti aktiviti radio amatur, supaya keminatan tu sentiasa di Jiwa dan raga Mereka,

Banyak lagi pekara yang nak saya cerita kan tentang bila dah lulus ni, contoh nya banyak kan melakukan ekspirimen-ekspirimen tentang radio amatur, selain dari qso, cuba dalam Digital mode, HF, SSB, Homebrewing, Ikut aktiviti-aktiviti radio amatur, DXing, Emergency communication, dan terlalu banyak lagi!!

Radio amatur ni banyak sangat benda yang menyeronokan, membantu dan bermenafaat dengan hobby ni, Kadang2 kita tak panggil radio amatur ni sekadar Hobby ia dipanggil Service! kata kata ni dipetik dari live talk between 9W2FRD dan DF5UG Abang Hans kita dari Germany tu, jumpa dia dan berbual sama dia ketika di ARRD 08 13-HB12 lalu.. itulah dia radio amatur!

Dapat kawan kawan dari serata dunia.. alangkah Seronoknya kan? kalau tak kerana radio amatur.. mau kita secara mengejut dapat kawan dengan orang dari Negara lain?

Secara tak semena mena je kita dapat kawan dan taksegan menegur kan? disebab kan Hobby yang sama! Takira la dari France sekali pun as long as RADIO AMATEUR! HAM RADIO!!!!


Tu la yang buat Kami bangga sebagai seorang Operator radio amatur,

Alhamdulillah...

73s
de 9W2FRD

0 comments: