Friday, December 19, 2008

SWAL-SWAL PERAMAH KERAYONG BERA & TEMERLOH KE PINTU GERBANG 9W2..

Barisan SWAL SWAL kami yang Bergaya

Sejahteralah keatas kamu semua... LULUS LA SEMUANYA AMINNNNN!
Itu dia... kePrecisionnan Kerusi dan Meja Khas Untu Candidate, Kerusi untuk Ke 9w2s
Keriangan di dalam Bas hingga membuat kan Suara 9W2FRD Serak!

BAS inilah yang Membawa Kami semua...


P/S

Sorry la semua 9w2frd snap gambar ni semua just pakai N70 HS je...



Assallammualaikum pada semua Rakan-rakan2

Akhir nya pada tanggal 17/12/08 Semua SWAL-SWAL seluruh Malaysia Yang Register RAE akhirnya Pergi mengambil Exam RA.


Bermulanya Pagi yang Ceria...

Perhhh seperti Biasa rakan-rakan SWAL dan 9Ws Geng KERAYONG BERA dan TEMERLOH berkumpul Gempar di Bukit Angin Temerloh... Suasana Riang Ria di gerai-gerai yang buka pada pagi tu.. memasing melahap dengan Nasi lemak dan sebagainya...


Langsung bermula lah Perjalan Indah dan semangat Menaiki sebuah bas yang disewa Khas langsung Terus Maju ke MATRADE tempat RAE, Keriangan di Dalam bas tak dapat nak digambar kan, betapa bising nya di dalam bas tersebut dengan gelak ketawa rakan-9ws-9ws, Si SWAL-SWAL semua nya senyap dan hanya gelak gelak buat buat.. hehe.. ada daripadanya yang kelihatan kerisauan untuk menduduki exam, ada juga yang study dalam bas,


KETAR KETAR...

Sesudah berenti makan lagi di Genting sempah, langsung tiba lah di erea erea Jalan Duta... TEGAK MEGAH bangunan MATRADE berdiri gagah... Apa bila rakan rakan kata.."hah itula tempat anda semua exam!" ada SWAL yang agak KETAR sikit... bukan ketar takut ke bangunan tu. tapi ketar cuz dah nak sangat sampai dan nak duduki peperiksaan.. apa pun pasti mereka ni berzkirullah...


MASUK KE PINTU GERBANG 9Ws...

Gedebuk gedebak, Masuk je jam 14:00hr... Semua SWAL SWAL memasuki pintu Gerbang Ke alam 9ws... Semua rakan 9ws dan 9ms yang hadir memberi sokongan kepada SWAL-SWAL semua supaya buat yang terbaik.. ada yang bersalaman berpelukan.. tanda memberi ucapan Semangat! dan Di iringi doa Tawaduk,


PULANG DALAM KEGEMBIRAAN... DAN KEKOMPINDENNAN


Lalu Beberapa Jam kemudian keluar lah SWAL SWAL KAMI dari Tempat EXAM, Alhamdulillah kebanyakan Mereka CONFIDENT! Kurang lebih Jam 17:00hr Bas kami telah ready di perkarangan Bangunan MATRADE,
Semua Rakan-Rakan terus memasuki bas dan kami terus pulang ke Temerloh, Destinasi berhenti makan yang terakhir kami ialah di GOMBAK, Rakan rakan yang Hungry terus langsung memasuki BURGER KING dan MCDONALDS, Lansung selepas itu kami memulakan perjalan balik kali ni Bas kami dipacu oleh Rakan Ham kami Juga, 9W2KCW POKJIE kita yang memandu yakin terus membawa kami pulang ke Temerloh, Seperti pagi tadi rakan-rakan 9w2 dan SWAL tak berhenti berbual berjenaka dan bergurau di dalam bas... Ada yang menyanyi dan sebegainya... Cukup Seronok rasanya Perjalanan kami rasa Takpuas bila tiba di temerloh...

Alhamdulillah kami tiba Di Temerloh dengan Selamat dan Dilindungi ALLAH S.W.T. Syukur nikmat perjalanan kami semua dipermudahkanNYA.


BERSURAI

Setibanya di Temerloh Semua rakan rakan berjabat tangan dan bersurai dengan doa dan harapan kepada semua yang menduduki RAE, KAMI doa kan Agar Lulus semuanya... Jika GAGAL jangan lah Anda putus asa.. kami akan sentiasa memberi sokongan...


So kepada Semua yang mengenali kami Masa di tempat EXAM kami mengucap KAN JUTAAN TERIMA KASIH!!!!!!

Sekian

wasallam

73s
de 9w2frd

0 comments: