Saturday, May 23, 2009

Practicing morse code How?


Assalammualaikum... just nak share idea kepada rakan rakan yang meminati untuk mempelajari Kod Morse..

Bagaimanakah ia? Bagaimana Saya mahu memahami????

Sebenarnya belajar morse ni kepada anda yang betul betul meminati kod morse ni.. insyaallah ianya sangat menyeronokan dan mudah..

TEKAD DAN ILTIZAM

Tu dia rakan rakan kita kena kuat kan semangat untuk memahat dalam diri kita untuk mengatakan JANGAN PUTUS ASA!!!! kenapa saya cakap macamtu? kerana bila tuan/puan mula start nak mengafal kod morse ni tuan puan akan paham la apa yang bakal dirasai..

MENDEGAR SAHAJA JANGAN MENGETUK LAGI
Benar.. Bila nak belajar morse code je.. nak la mengetuk moskey kan? he he he sebenarnye tak perlu.. apa yang perlu ialah mendengar setiap Kod Morse tu semua sekali sehingga hafal. Menghantar memang mudah. kerana otak kita dah set nak hantar huruf apa kan? tapi untuk kita menerima ni, kita always kena bersedia.. taktau apa yang bakal dihantar? jadi disitulah akan menguji ketangkasan dan kecepatan minda kita untuk Decode apa yang dihantar. percaya lah MENDENGAR dahulu. sampai hafal dan boleh ajak rakan yang tahu untuk menghantar perkataan mahupun ayat. dan perhatikan jika ada huruf yang kita lemah.. kita study dan punch otak kita dengan huruf mana yang kita lemah tu. InsyaALLAH

NAK KENA HAFAL ".-" KE IRAMA??

YES! IRAMA Kod Morse la yang kita perlu hafali.. terus terang cakap, most orang orang lama dan saya rujuk di internet.. penghafalan Kod Morse adalah pada IRAMA "Rythm" ianya macam kita selalu dengar lagu lagu lama.. dah bertahun tak dengar. tapi bila kita suka irama lagu tersebut. secara otometik kita ingat lirik dia sikit sikit kan? ha macamtu juga la kita kena ingat setiap irama Kod Morse tu A-Z 1-0 Dan punctuation mark. Harap harap kita dapat share kan idea kita disini.. kerana bagi saya belajar Kod Morse ni ia seperti belajar Bahasa baru yang unik.. walaupun saya bukan 9M2 lagi.. tapi pengalaman pembelajaran tu adalah sesikit.. hehehe apa pun rakan rakan ianya sangat menyeronokan. semoga ramai lagi 9w2-9w2 9w6 ke 9w8 upgrade kan diri ke 9m2/9m6/9m8 ok? all the best everyone!

Ohya tahniah kepada rakan rakan kita yang dah berjaya dalam ujian Kod Morse bebaru ni.. terutama Abang saya 9w2mzr (mazru) BRAVOOOOO!! tahniahh!!! Kepada yang dah lulus tu DiDoakan pula untuk kami kami ni yang tengah sibuk stdy dan bakal menduduki ujian Kod morse pada Bulan September ni dan Doakan kejayaan kami ni pula ok?

CHAAAAAAAAAAAAAAAAAAARIOOOOOO!!!!!!!
73s
de 9w2frd

0 comments: