Thursday, June 25, 2009

Yeehaaa FINALLY its EXAM DAY!






Assalammualaikum semua rakan rakan ku..

Fuh akhirnya tiba la masa dan waktu untuk semua geng SWAL menduduki RAE!
Memang la pagi tu seronok sungguh kami bermobil ke kelompo (Kuala Lumpur) ke Matrade tuh, Fewhhh naik bas lagi wa cakap lu... seperti biasa la sebenonye tiap tiap kali geng Ham KerayongBera dan Temerloh pegi RAE akan memBOOKING bas. Supaya mudah akan pergerakan kita semua iyek?



So pada pagi yang Gilang Gemilang tu semua rodong rodong (Kawan Kawan) berkompoi di B.Angin Temerloh. lepas pekena nasik lemok sotong enak di kedai Abg. Tan, Kome (Kami) semua bergegas naik bas... hah seperti biasala dalam perjalanan tu. meriah betul dalam bas dengan gelak ketawa,suka,dan yang sibuk study pun ada yg study, so kome 9w n 9m kat blakang ni ada la menyumbang kan idea idea lagi kepada SWAL yg kelihatan KEwl tu..

Sampai di Klompo kome pun menyinggah kan diri di Restoran Nasi Ambeng, seingat koi (saya) di Jln. Ipoh. kedai rakan Ham kita disitu. Alhamdulillah ramai rakan ham disitu yang sedang menjamu selera. so Kome semua pun mamam la sekali.

Lepas te.. kome semua pun Mobil lah ke Matrade.. JENGGG! begitu megah tegak berdiri bangunan Matrade tu.. jadi tanpa berlengah semua rodong rodong menyerbu bangunan tersebut.

Sampai diatas. like usual lah berjumpa dengan Semua rakan rakan di atas tu. bertegur dan berborak dan menceritakan hal hal masa depan hehehe.. memang seronok weh.

Exam time! PRiittt!!! pintu Hall examanation telah dibuka.. semua SWAL SWAL yg mengambil exam terus memasuki hall tersebut dengan memikul semangat untuk meng9W2 kan diri.. so after masuk tu. kami kami yg membusy kan diri ni. meleypark la kat dlm Matrade tu. pegi Solat makan dan sebagainya..

SWAL DAH KELUAR! kami pun semua menunggu di depan pintu Hall keluar la sorang demi sorang SWAL dari BeraKerayong dan Temerloh. bila ditanya amacam? mereka senyum menjawab.. insyaALLAH, Alhamdulillah semuanya nampak confident dan tak resah. Syukur kehadrat Ilahhi,

Pabila dah siap semua kami semua pun balik la.. jadi dengan itu rakan rakan. Kita Doakan kejayaan untuk SEMUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA rakan rakan di seluruh Malaysia yg mengambil RAE tu LULUS hendaknya ok? Amin Ya Rabbal Alamin...Semoga kita Diberkati ALLAH S.W.T.

73s
de 9w2frd

2 comments:

Fadh said...

ye koi doakan seme nyer berjaya...pas nie koi plok nak pekse...klau ander rezeki laaa

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru said...

ok..fadh,ade kelas rae sok kome bgtau ke aok...