Thursday, July 23, 2009

Kekuatan diri..

Yes we can!
Sekadar gambar hiasan.. hehehe



Assalammualaikum WBT.

Tah nape tetibe datang idea arini nak berkongsi pengalaman tentang diri sendiri, hehehe
bukan apa sekadar nak cerita tentang keyakinan diri kita didalam kehidupan harian kita,
bercerita tentang keyakinan kita,kemampuan kita apa yg kita boleh buat dan sebagainya, kadangkala terdengar juga kata kata membisik diri ku ini mengatakan "ah! aku takmampu buat semua tu baik tak payah!" tetapi bila dicuba rupanya kita boleh buat perkara yang kita tak mampu tu (perkara yang baik baik la)

KITA MAMPU
Ya kita mampu sebenarnya. macam saya ni masa dulu dulu saya mmg aktif dalam sukan juga terlibat dan pernah menjadi atlit MSP. dan aktiviti aktiviti sihat yang lain, tapi semenjak tahun 2006 selepas balik dari PLKN terus saya tidak aktif sekian lama. oleh kerana tidak mengaktif kan diri sehingga tahun 2009 saya hilang keyakinan untuk bersukan, terasa akan ketidakmampuan yg akan berlaku dalam diri ini, tak yakin untuk membuat aktiviti aktiviti lasak, bila ingin cuba bersukan langsung terdengar bibik bibik bisikan tak enak terdetik di dalam sanubari ini mengatakan "Jangan laa pengsan kang" perh. yeke? bagi saya itulah lemah nya diri saya ni untuk melawan rasa malas,

BOLEH!
Akhirnya pada satu hari, ramai rakan rakan ham meracuni saya dengan aktiviti berbasikal, sebenarnya dari dulu lagi saya mmg aktif dan suka berbasikal tahun 2004-2005 pastu berhenti, jadi dek kerana minat tu masih membara dan racun dari rakan rakan sangat kuat. saya pun memasang nekad pada diri ini, yakin yg saya boleh buat. langsung bermula dari itulah saya mulakan kayuhan demi kayuhan. semakin hari semakin menjadi juga mampu mengayuh bersama rakan2 yang lebih lama dan dapat tamat sama2. dan akhirnya barulah saya sedar sebenarnya kemampuan tu masih ada dalam diri kita. stamina tu tak hilang cuma kita perlu membinanya kembali, Alhamdulillah.

Moralnya untuk cerita ini ialah bagi saya jika kita rasa malas atau kita tak mampu untuk melakukan sesuatu yg sebenarnya sangat mudah itu ialah diri kita sendiri. kita kena yakin yang kita boleh melakukan, kenapa dulu kita boleh tapi sekarang tidak lagi? nak pulak pada usia yang muda macam saya. sebenarnya keyakinan diri kita. kita mampu lakukan. contohnya menyapu sampah di belakang rumah la, saya pun malas kekadang, alasan panas la pening kepala la. dan memacam lagi. tapi kenapa atok saya di sebelah rumah yg berusia 70an masih gagah buat kerja kerja kampung? haa jadi itulah, kita perlu yakin yang kita boleh buat. selagi ALLAH beri kan kudrat, kesihatan. kita gunakanlah.. Semoga kita semua Dilindungi ALLAH S.W.T amin...

We are us,
73s
de 9w2frd

7 comments:

Fadh said...

ha ha ha moh kite main bolo plak...ada berani? he he he

9W2SBD said...

Bila agaknya kita boleh kayuh sama2 nie...

9W2OCC SHAM said...

boleh le solehan...FRD kata ada ride lg kat tpt dema... ajak rkn sri iskandar rasa trek kat pantai timur pulak... or... rkn taiping nak buat kayuhan ke cameron highland... kita jemput pulak rkn kerayong turun sekali... rkn ham yg berkayuh semakin ramai...boleh gak buat jamboree khas utk rakan ham...boleh ke diketengahkan idea tu...cam jersey cycling ham...QSO kat jalur...secara spontan...sekarang hampir menjadi kenyataan...

Firdaus Kerayong said...

hehehe. main bola? kene beli kasut bola dulu ni fadh, takkan nak pinjam kasut orang kot? heheheh! boleh main tak jadi masalah time kasih fadh.

SBD OCC. insyaallah bila bekersempatan tentu kita boleh ngayuh sama. bile yek nak dapat jersey tu? dah oder dah. nanti boleh la kita buat kayuhan khas untuk rakan ham sahaja. alangkah bestnye :)

Maza said...

Ngape gaya macang basoh jek suor ngan baju masa ngangkat besiko te? Baru lepas jatuh ke apa?

Tu la orang kabo, belum cuba belum tau. Minda kita ni biasa la, dia awal-awal dah kabo kat diri kita, "takyoh laaa... penat kang!". Resistance is futile.

Firdaus Kerayong said...

ya . memang gitu la jawabanye. jom pegi monsoon ride bulan 12 ni. dan kayuhan rakan local ke Gunung senyum pada sabtu ni. jom, belum cuba belum tau. resistance is futile. hahaha

bikrayong said...

bila fikirkan boleh, kita boleh, kalau fikir sakit kita rasa sakit. tak caya bangun pagi esok fikirkan yang kita tengoh demam, ha ... memang kita demam.mind over matter? gone gayenye te?