Monday, August 10, 2009

Kerdil nya kita...

Asslammualaikum semua.. Bertemu kembali kita disini.. hmm tetiba nak buat topic pasal kehidupan kita,masyarakat sekeliling dan apa yang berlaku sekarang.. Ya H1N1 tu la wabak yang paling merbahaya di waktu ini, dulu di Negara orang kini ianya dah berterbangan di angkasa dan ruang udara Negara tercinta kita Malaysia. Bebaru ni kami sekeluarga Radio Amatur ni pegi ke Ibu Negeri Pahang, Kuantan. ramai rakan rakan berpesan, sampai di Kuantan pakai lah penutup mulut, jadi kami pun bawak la dari rumah penutup mulut yg biasa medical pakai ni, bila tiba Shopping Mall kami tengok memang ada orang mengguna kan topeng penutup mulut, ramai juga yang tak pakai.. tapi boleh dikatakan ramai juga yang pakai.. saya pun perati kan sekeliling melihat masyarakat yang melindungi diri mereka sendri.. juga saya.. bila pulang kerumah....
Saya pun duk termenung di hadapan rumah pada malam itu.. menghirup udara segar di halaman rumah.. badan sedikit letih memandu ke Kuantan tadi.. saya melihat ke langit menyaksikan bertapa indah nya Bumi Ciptaan ALLAH ini semua yang dicipta olehNYA tiada kecacatan. Dan pastinya semua dengan kebaikan YA ALLAH...
Fikir dan fikir... Kita makin sedar.. bertapa kerdilnya Hamba ALLAH ini di Bumi CiptaanNYA, siapakah kita? kita mampu berdiri,kita mampu berlari, kita mampu bersukan,kita mampu mencipta benda benda baru, kita mampu buat itu dan ini.. akan tetapi kita memang tak mampu melawan kuasa ALLAH... cukup sahaja dengan deruan hujan membasahi bumi, kita hanya mampu mencari tempat untuk berteduh, tapi kita tak mampu memberhenti kan hujan itu.. sesungguhnya ALLAH mencipta sesuatu itu tentu ada hikmahnya..dengan ujian ALLAH kita harus Redha dengan Qada'Qadar NYA. apa yang kita mampu ialah melindungi diri kita dan keluarga kita..
Apa yang kita mampu ialah Berdoa kehadrat ILLAHI semoga kita dan keluarga kita dihindari dan dari keburukan, takiralah apa jua perkaranya...Saya berpesan kepada diri saya sendiri, semoga kesakitan yang menimpa kita itu menyedarkan kita, dan nikmat kesihatan yang ALLAH beri itu kita syukuri alhamdulillah.. Dan semoga ALLAH mengampuni Dosa Dosa yang telah kita lakukan.. YA ALLAH..
Bumi ini indah dengan ciptaan ALLAH S.W.T. Selalu kita dengar.. Dunia kita rosak oleh kerana tangan manusia sendiri, Setiap perbuatan baik.. tentu akan dibalas kebaikan, setiap perbuatan jahat tentu akan dibalas dengan adilnya. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.. dan semoga kita semua berdoa kepada ALLAH semoga kita semua memperolehi kebaikan dan perlindungan olehNYA hendaknya amin YA ALLAH...

Assalammualaikum
73s
de 9w2frd

4 comments:

Maza said...

"Jangan kufur nikmat yang diberi percuma". Udara yang kita dok bernapas ari-ari ni, bukan percuma ke? Haaa...tapi tak bersyukur lagi... Cuba tak dapat bernafas... ala dalam 5 minit je, mau mati dah otak kita ni...

Sedangkan Rasulullah yang dah confirm ma'sum dan masuk syurga pun sibuk bertaubat berpuluh puluh kati setiap hari... Kita? Apa cite???

Baginda punya jawapan kepada isterinya Saidatina Aisyah bila dia bertanya kenapa dia tak putus putus bertaubat sedangkan dia memang dijamin syurga....Baginda jawab simple je, (lebih kurang gini bunyi dia) "Tidakkah aku mau menjadi seorang hamba yang berterima kasih (bersyukur)?"

Amikkk..... kecik jek rasanya kita ni yek?

mazru(9m2mzr) said...

hmmm...insaflah

bikrayong said...

hendaklah kita bersyukur setiap masa dengan apa yang ditentukan oleh ALLAH keatas diri kita dan keluarga kita sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dengan apa yang telah Dia berikan kepada hambanya. Setiap yang berlaku kepada kita adalah ujian daripadaNya.....Maha suci ALLAH

Firdaus Kerayong said...

terima kasih.. benar semua tu.. Sesungguhnya Rasulullah adalah Rasul kita. kebaikan baginda harus kita contohi...