Monday, September 14, 2009

Majlis berbuka Puasa bersama Satria Gti Club Kuantan

Asalammualaikum W.B.T. Hari semalam saya dan seorang rakan HAM KERAYONG juga iaitu Sepupu saya 9W2WFA Bang Marwan mengikuti Convoy Satria Gti Club. sebenarnya kami join event ni secara tak sengaja, Maza Ham Kerayong jugak 9w2aza kiranya Head untuk Satria Gti Club di Kuantan ni. Dia dan GTi CLub punya geng ada buat program Buka Puasa Drive unofficial event. Jadi Bang Maza pun ngajak kami join (walaupun kami tak pakai Gti hehehe) Lokasi kami berbuka puasa di Restoran Seri Kalong Kemaman. Terengganu.
Rakan rakan Gti Club sedang menunggu waktu berbuka.. nyum2~!
Sempat bergambar kenangan bersama geng Satria Gti Club. Untuk pengetahuan semua Satria Gti Club Malaysia ni salah satu Kelab kereta yang dah agak lama dan terkenal Kelab ini banyak cawangan, Saya banyak kali mengikuti geng ni satu ketika dahulu. Dah banyak Event dan Trip Grand dan Besar telah dianjurkan oleh Kelab ini. Termasuk la Convoy keluar Negara, Seperti ke Pulau Samui, Phuket, dan pelbagai lagi.. Kelab ini sekarang masih lagi aktif. cuma mungkin sedikit berkurangan berbanding dahulu.
Bergambar bersama 9w2wfa(marwan) ham kerayong yang kewl ni.. di sebelah kereta ku. he he he
Teringat kenangan masa join satria Gti club pada masa dahulu, sampai 40biji dan lebih sekali konvoi keluar Negara, dan sunday drive pun tak kurang hebatnya. kini Satria Gti Club Kuantan sedang memperhebat kan mencari ahli-ahli baru dan ingin mengembang kan Satria Gti Club di Kuantan. Satria Gti Club ni sering kali mengadakan event-event yang menarik seperti, Sunday drive,track day, konvoi muhibbah, training marshalling dan pemanduan yang berhemah. juga aktiviti-aktiviti yang melibat kan automotif. dan apa bila ada grand event atau event-event tertentu yang dianjur kan. Satria Gti Club ni akan berkumpul dari seluruh Malaysia.
Driver-Driver sedang mendengan sedikit briefing sebelum konvoi bermula dari Kuantan.
9w2frd yang bersahaja he he he
Kereta koi sebagai Last Car untuk konvoi ni.. seperti biasa Perkhidmatan Radio mesti perlu ada. dan saya banyak belajar dalam Satria Gti Club ni masa zaman saya SWAL dulu sekitar tahun 2002-2005 hingga menjadi ham operator pada tahun 2005. Kerana dalam Satria Gti Club ni ramai Rakan ham yang Dua phonetic sahaja. seperti 9w2xp(Dominic) 9w2Ky(Kevin) dan beberapa lagi rakan ham yang saya tak berapa ingat..Dan dari Satria Gti Club lah saya dan maza banyak belajar dari segi Marshalling yang memang Professional dan berhemah. juga dapat pujian oleh The Tourism Authority of Thailand (TAT) masa kami ke Phuket satu masa dahulu.. Semoga Satria Gti Club terus Sukses!!

73s

de naindabeliutoofoxterotromiyodelta

3 comments:

Fadh said...

he he he jalan2 cari pengalaman ok, jgn jalan2 cari pasal udah ler.

Maza said...

Fida, bebudok GTi Kuantan banyok puji awok jadi Last Car. Walaupun diaorang kata kengkadang tak paham awok cakap mende, tapi katanya awok memang terer la jadi Last Car. Hehehehe..

Tahniah!!

Firdaus Kerayong CW said...

he he eh itu baru sikit cheee... pakai rim lapan belas inci tu kereta kurang pikap skit la.. sekarang da masuk rim 16inci balik. kala ada nak wat sunday drive pegi fraser hill atau bukit tinggi. wa sudah bersedia untuk takluki track hehehehe hai hai