Saturday, November 21, 2009

Hujan di luar sana...

Bila hujan makin rajin qso di mana mana amateur radio freq. cuz tak keluar rumah
takdapat nak lepak dengan rakan2 cuz hujan
Makin Banyak keje time hujan2 ni keje photogarphy
Jarang2 dapat ngayuh time hujan..


Salam, sekadar mengamati keadaan sekarang.. Oh hujan diluar sana sungguh aku sukai, ya sangat aku menyukai bila cuaca menjadi mendung, redup dan berangin ya, seperti yang kita tahui hujan itu Rahmat dariNYA.. Bila aku duduk tepi pintu rumah aku sambil tanganku memegang pada alang alang pintu rumah aku, lirikan mata aku terus memandang ke arah terbitnya matahari, pada masa itu juga angin menerjah ke muka aku laluan angin itu cukup indah sekali untuk aku kecapi.. Indahnya, kata aku.. Inilah kebesaranNYA.


Sedang aku duduk di luar rumah sambil memerhati kan Antenna HF radio Amatur aku bergoyang2 ditiup angin terus terkenang kembali Bah besar tahun 2007, hmm kataku berginilah keadaan cuaca dan hujan tak berenti yang menyebabkan banjir besar berlaku tahun 2007 dulu, teringat sungguh keadaannya,

Dimana pada masa itu aku masih lagi 9w2frd bersama 9w2twh yang masih SWAL kita itu, dan pak Azuan 9w2sza.. Sedang kami melepak bertiga sambil menceritakan hal Radio di perkarangan rumah Atok aku pada satu petang, DRINGG!!!! telefon berbunyi dimana 9w2hhj Bang Hasnan menghubungi kami.. Haloo! Firdaus ada dimana? katanya, jawab ku ada di Kerayong kenapa? weh deras datang umoh koi ni, lepak lepak sambil pasang antenna jom? ketika itu aku terus memberi isyarat kepada Azuan dan Saidin menunjukkan yang Bang Hasnan mengajak kerumahnya..

Lalu kami pun terus bergegas kerumahnya, tiba di rumahnya kelihatan Bang Hasnan dah duduk di ruang tamu luar rumahnya beliau senyum melihat ketibaan kami, barangkali terdetik kegembiraan di naluri hatinya, ketika itu cuaca sangat mendung dan sudah menitikkan beberapa titik gerimis halus.

Sedang kami bersedia utk memasang antenna dengan secara tiba tiba hujan terus turun dengan deras dan lebat sekali, weh hujan ni! sergah aku pada Saidin,Hasnan dan Azuan.. Sahut Bang Hasnan, kita pasang juga la dalam hujan ni pun, koi rasa macam nak banjir dah ni.. Senang nak contact melalui radio amatur sok kalau banjir! kata Bang Hasnan, OK OK! kata aku dan rakan lain...

Lalu kami semua terus memasang antenna itu di atas bumbung rumahnya walau dalam keadaan hujan lebat sekalipun.. Selesai memasang antenna dan sebagainya kami terus pulang ke rumah masing2.

Hujan terus menderu tanpa henti, Keesokannya aku bangun pada awal pagi, jam menunjukkan 7:30am ku lihat di luar tingkap bilik ku langit gelap sekali dan hujan terus menderu.. Fuh! kataku sedapnya kalau sambung tido ni, dah la sejuk hujan pulak tu bestnye kataku sambil mebetul2 kan bantal di kepala ku, terdetik di hati ingin membuka Handy Yaesu Ft170 ku, ketika monitoring di freq v20 kedengaran beberapa rakan Radio amatur melaporkan air di Sungai Triang dah naik besar anytime nak melimpah. Ketika itu aku mendengar dengan teliti sekali, Biar betul ni? terbisik di hati ku di pagi itu, aku pun bergegas ke tingkap belakang rumah ku di tingkat atas, dari berandar tingkat atas rumah aku terus nampak Sungai triang, Wah!! besarnya air!!! Takku sangka air sudah melimpah keluar tebing dan mengatasi tebing2 sungai yang tinggi! Ya ALLAH! kataku memang nak bah besar ni! Selepas dari itu aku terus keluar dari rumah menaiki keretaku untuk memantau kawasan2 sungai...

Ya kataku memang besar air ketika ini, kelihatan air yang besar dan laju membawa cebisan cebisan kayu melewati bawah jambatan sungai triang, seketika itu perlatan radio amatur ku terus monitoring di freq. local simplex rakan rakan yang rupanya dah sibuk membantu beberapa rakan untuk memindah kan barang2 dirumah,

Sepetang itu aku menghabiskan waktu dirumah, pada malam harinya terdetik di hati ini ingin pergi melawat 9w2adh di rumahnya di Taman Permai, aku pun terus melewati jalan Triang Temerloh. Ketika itu jam menunjukkan 9:30pm aku terus memandu, ketika tiba Paya pagar kelihatan Pihak Polis sudah mula mengawal lalu lintas di kawasan kilang simen, air Sungai triang sudah mula melimpah dan melalui jalan utama, ketika itu masih boleh lalu aku pun melalui jalan yang dah mula dinaiki air paras bukulali itu, sambil itu aku berqso bersama 9w2adh, bila aku tiba di rumah 9w2adh rupanya di kawasan base 9w2adh sudah tiada bekalan elektrik, tadi beliau hanya menggunakan bateri untuk minghidupkan perlatan komunikasi radio amaturnya.

Sesudah aku berbual dengan beliau selama beberapa minit aku pun terus bersalam dan pulang kerumah mengikuti jalan tadi, hati ku rasa tak berapa sedap seperti merasakan air akan bertambah naik pada malam itu, ketika itu hujan sangat lebat hingga menyukarkan pandangan aku ketika memandu, setiba aku di kawasan yang dilimpahi air tadi aku melihat orang makin sibuk di kawasan itu rupanya air makin naik mendadak, dari paras buku lali dengan hanya beberapa minit terus naik dengan cepat, aku pun melalui di kawasan tersebut, dimana kelihatan seorang Anggota Polis mengalami masalah dengan Walkie Talkienya,

Aku pun terus keluar dengan niat utk membantu Anggota tersebut, pada masa yang sama aku memarking kan kereta ku di tepi simpang Kilang Simen. Rupanya bateri Walkie Talkie Anggota tersebut telah kehabisan bateri jadinya pada masa yang sama aku sudah tahu beberapa stesen Radio Amatur telah Setup Base Station untuk monitoring, jadinya aku pun CQ memanggil rakan rakan untuk memberi bantuan Komunikasi dengan secara tetiba 9w2rby Kak Robi respon, Lalu saya terus meminta Kak Robi /Mak saya untuk relay kan komunikasi untuk memanggil mana2 rakan untuk turut membantu memberi bantuan Komunikasi bagi mengawal lalu lintas yang dah mula sibuk untuk melintasi di kawasan tersebut, akhirnya 9w2adh yang respon, jadi dia datang dari arah sebelah sana untuk memberi bantuan Komunikasi bersama Anggota Polis, dan saya duduk bersama Anggota Polis dari sebelah sini untuk memberi bantuan Komunikasi,

Sehingga lah beberapa Jam berlalu dari air yang paras buku lali akhirnya terus naik hingga paras Pinggang sehingga kan kereta ku yang di parking tepi simpang kilang semen itu telah dinaiki air di bahagian tayar belakang nya pada malam itu, bergitu cepat sekali hanya beberapa Jam sahaja! Akhirnya Pihak Berkuasa terus menutup jalan itu dan tidak dibenarkan mana2 kenderaan melintasi lagi kerana air sudah ada di paras merbahaya,

Bermula dari itu teruslah berlakunya banjir besar, antara yang terbesar semenjak tahun 1971.


Miaw!! huH! terkejut koi.. kucing kudatang menggesel di kaki ku. menyentak kan dari lamunan sejarah banjir itu.. itulah sedikit sebanyak aku boleh kongsikan kenangan kami Geng Radio Amatur Bera Kerayong dan Temerloh, kalau saya nak ceritakan sejarah kami memberi bantuan dari aspek komunikasi dan rescue team juga berkerjasama denga MERCY Malaysia ianya terlalu panjang,

ketika ini aku sedang montoring di freq. V20 Bera Kerayong dan Temerloh.. Kedengaran 9w2xma dan 9m2mzr berqso/berkomunikasi, kata 9w2xma yang pulang dari Jerantut dan ingin terus ke Triang itu.. uihh! kata 9w2xma Ama, Jerantut pun hujan juga lah tak macam hujan nak banjir je! ketika itu aku sekadar monitoring aje.. Terukir senyuman di bibir ku.. Hmm adakah Banjir besar akan berlaku lagi? Wallahuallam.. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah Dari ALLAH S.W.T.

73s
de 9m2frd

7 comments:

Maza said...

Ye la weh, harapnya tak banjir la kali ni macam dulu tu. Banyak kesulitan bila banjir ni.

Masa 2007 aritu, kawan kat Pekan ni, terus takleh gi memana sebab jadi pulau besar. Seme exit utama takleh lalu hatta bot penyelamat pun sebab arus deras.

Masa tu beraya Aidil Adha kat Pekan, lebih kurang je la timenye sekarang ni, dah nak raya.

Kawan nak baliiiikkkkk

mazru said...

panjang amat cerite nye yek...tp nama koi langsung xdek masa cerite banjir tu..kekekkeke xde hel..

kongsi pengalaman ye dok..

Fadh said...

mazru, naka koi takde gek hahahaa

Firdaus Kerayong CW said...

hehehe geng bukan koi taknak kongsi cita aokme.. panjang ngat kang berjela.. koi skado info skit2 je la.. Memang mazru banyak bertugas ketika banjir te..

Papa Blues said...

Koi ramal tahun ni memang ada banjir besor. Tapi yg tenggelam ada satu rumah jer. Rumah banglo lps smpg kerayong yg ada banyok joran radio amatur tu.....siap ada masuk boye lagi...

Firdaus Kerayong CW said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Firdaus Kerayong CW said...

hehehe.. hmm..