Sunday, December 13, 2009

KELAS RAE TEMERLOH BERA KERAYONG TAMAT

Asalammualaikum.. Bertemu kembali, akhirnya kelas RAE Radio Amatur Temerloh Bera Kerayong telah tamat, setelah dijalankan selama 5 minggu, alhamdulillah di akhiri dengan sukses sekali. Gambar diatas menunjuk kan barisan para SWAL, 9M2 dan 9W2 bergambar kenangan..
Malam itu juga sesudah kelas, berlansung juga acara penyampaian cenderahati kepada Fasilitator-fasilitator, 9w2vms Vizal, sedang menyampaikan cenderahati kepada 9m2frd Firdaus selaku fasilitator, dan juga turut menyampaikan cenderahati-cenderahati kepada semua fasilitator yang lain, seperti 9w2twh,9?2adh,9m2mzr,9w2ezu,9w2xre,9w2sza, dan ramai lagi...
Juga 9w2vms turut menyampaikan sijil tamat kelas RAE kepada semua SWAL-SWAL di yang menyertai Kelas bimbingan RAE 2/2009.

Malam terakhir ialah ulangkaji Soalan RAE, kelihatan 9w2twh dan 9?2adh sedang mengongsikan ilmu2 yang berharga kepada semua SWAL, termasuklah 9m2/9w2 yang mendengar juga turut belajar sama, Pak Saidin 9w2twh dan pak Adha 9?2adh sangat banyak mengongsikan ilmu teknikal kepada semua! Jasa mereka kami warga Ham Bera Kerayong Temerloh sangat menghargai...


Apapun.. Pada 16hb12.09 ini.. Semua SWAL sekali dengan 9M2/9w2 akan berkumpul di Bukit Angin Temerloh, dimana telah dijanjikan pengangkutan disediakan! Ya sebuah Bas telah pun di Booking, seperti biasalah kami Ham Bera Kerayong dan Temerloh ni akan menaiki bas bila pegi RAE, Sama2 lah kita mendoakan kejayaan semua SWAL-SWAL kita semoga diberi petunjuk dari ALLAH S.W.T. Amin....!


73s
de HAM KERAYONG

2 comments:

Fadh said...

laaa abis dh...koi ngan usop baru nak ikut kelas te...

Firdaus Kerayong CW said...

dari arite dah kome gempo aok taknok join.. tu la sedangnye