Tuesday, December 1, 2009

Qso on 40M with 9M2ZC

9M2zc Bang Zak punya Mobile.. atas tu bukan Roof Rack. Tapi Antenna HF MOBILE TACTICAL punya,
Set HF pada Mobile 9m2zc.
Thanks for the call my friend!


Salam kebelakangan ni Rerajin juga lah masuk di 40M dalam Mode LSB di 7.043.00MHZ.

Alhamdulillah banyak juga stesyen 9m2 9m2 di freq ni, antara yang saya paling seronok juga ialah bekerja dengan 9M2ZC Bang Zak, ada masanya dia CQ di jaluran, dan ada masanya dia respon CQ Call dari saya atau memana rakan2.

Apa yang best nya 9M2ZC ni bila qso dengan dia mesti dia tengah Mobile, first dapat dia tengah mobile di Jengka Pusat, tapi hari ini dapat dia sedang Bermobile Di Kuala Lumpur ke KLIA. Seronoknya bekerja di 40M ni ialah kekurangan Skip gelombang mudah bersimplex pada jarak dekat/jauh, untuk sesama Rakan yang menggunakan 40M ni, Hmm ini kalau 2Meter ikut antenna base saya ni mesti takdapat simplex sampai Ke Kuala Lumpur, terutama pada rakan yang Mobile, kalau Base station rakan yang tinggi tu lain lah..

Apa yang seronoknya di 40M ni.. kalau kita mempunyai setup hf set dan antenna HF yang bagus pada Mobile Station kita, memang takda masalah untuk bersimplex dengan rakan yang jauh/dekat sekalipun, mahupun kita berada di Kerayong Pahang sebagai contoh, biasanya tiada masalah untuk bersimplex walaupun rakan kita berada di Utara Tanah air sekalipun, Simplex(40M) bukan repater.. :)

73s
de 9m2frd

6 comments:

Maza said...

Wah, best ni kalau ada duit lebih boleh sambar mobile HF. FT897 ke apa ntah. Mobile antena yang bleh gi 40m ke... tapi itu mungkin 14 tahun akan datang la... masa ni tarak wang untuk ini semua wooo....

9M2ZC said...

Hampir 20 tahun saya jadi ham, ini lah saat yang paling gembira kerana dapat berkerja HF mobile tanpa signal naik turun (QSB) dengan menggunakan antenna ML-91 dari Australia ini yang baru saya miliki dalam beberapa bulan ini.

Saya boleh ber-QSO dimana2 saja, dalam hutan, dalam bandar, luar bandar dsb. Kalau pergi outstation untuk mengelak dari mengantuk semasa memandu saya akan call CQ, dan yang paling jauh saya contact di 7.043 Mhz adalah ke India dengan signal report 5-7

de 9M2ZC

Firdaus Kerayong CW (9M2FRD) said...

Hello 9m2zc..

Ya bang Zak.. antenna anda tu memang working really well. so tahniah kepada anda, dan terima kasih kerana mengongsikan idea tu bang zak. semoga kita ketemu lagi

73s
de 9m2frd

9M2ZC said...

Salam 9M2FRD,
Saya selalu balik Jerantut, saya orang Pahang dan amat meminati ikan patin tempoyak di Temerloh..hehheh

Kadang2 saya pergi Temerloh semata2 nak makan ikan patin.

Harap kita dapat berjumpa lagi dimasa akan datang..

73, all the best !!

Firdaus Kerayong CW said...

bang zak telepon saya jika balik ke temerloh tu k?

hari tu saya ada call tapi barang kali bang zak bizi, anyway dont forget to let me know.. teringin Roundtable dengan anda..

ya saya qsl anda orang Jerantu, jumpa lagi

73s
de 9m2frd

9M2ZC said...

Firdaus,
email saya klzbd@yahoo.com, kalau senang2 kita jumpa kat YM