Tuesday, June 30, 2009

Tebing, Kerayong..


Assalammualaikum.. Ni saya nak cite ni.. Bagi orang Original KG. Kerayong mesti akan tahu tebing,
Tebing ni jalan nak pegi ke tebing ni akan melalui Masjid Kg. Kerayong dahulu, dan melewati kilang papan dan ada melalui simpang ke kampung Cina selepas kilang papan tu. ada umah Brader Leyben, pastu ada dua cabang jalan yg menemu kan jalan yg sama. ke kanan boleh ke tebing tepi sungai. ke kiri ke tanjung, kebun atok saya, juga di tepian sungai Triang, kalau dulu dulu masa saya nakal nakal dulu saya selalu naik motor pegi ke tebing tu.. lepak lepak di ujung jalan. ada beberapa rumah Orang Asli kat ujung tu.

Bebaru ni saya dan sepupu saya mengayuh basikal ke Tebing tu.. banyak dah perubahan dah belaku. rupenye ada hakisan sungai yg agak heavy telah belaku kat satu tempat tu. dulu jalan kat tang tu besar. tapi masa kami lalu dan mengayuh aritu. dah ada hakisan air sungai. taktau la berapa lama lagi boleh tahan.. tu la dia rerakan.. semuanya kian lupus dan terhakis. berbanding dulu yg tegap berdiri..

Didi sepupu saya yg bergambar di tempat hakisan. tapi dalam gambar takberapa nampak keadaan hakisan tu.

73s
de 9w2frd