Thursday, July 2, 2009

Masih dalam kenangan 2

Signboard real Lama punya.. siap ada tulisan jawi lagi tu rakan rakan KAP MIM PA WAU NGA. PA ALIF YA PA ALIF GA RO. (KAMPUNG PAYA PAGAR) Haa saya rasa la ini lah antara signboard yg lama tinggal di sini. betul betul depan Kedai gunting Arwah Pak Akob, Saya harap sentimental value ni di kekalkan, InsyaALLAH.
Kedai Gunting Arwah Pak Akob. Arwah Pak Akob sebenarnya dah lama meniaga disini. Jasanya tentu kita takdapat nak balas, Abang saya si 9W2aza dan 9M2mzr tu pernah dan acapkali bergunting disini. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan.. Yang datang pasti akan pergi, Al-Fatihah kepada Arwah Pak Akob..
Antara Signboard lama juga ni, signboard yg menunjuk kan arah ke Masjid Kg. Kerayong, ni pun salah satu sentimental value bagi saya la..
Tadaaa! inilah dia Masjid Kg. Kerayong originali.. Masa zaman saya kenit kenit dulu merasalah Sembahyang Jumaat disini dan Solat Fardhu Fardhu 5waktu disini, masih lagi digunakan oleh orang Kampung Kerayong pada Solat Fardhu 5waktu. Semoga apa yg kita kongsi kan disini akan menggamit kembali kenangan silam, Yg telah pergi akan dikenang, kita yang hidup teruskan perjuangan, moga kita taklupa darimana datangnya kita dan disitulah akan kita kembali, Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T. Amin, amin..

73s
de 9w2frd dan 9w2rby

Masih dalam kenangan 1

Salam semua rakan rakan moh kita jenguk lagi Kampung Kerayong yg saya cintai sangat sangat ini. Haa Gambo diatas tu ialah Pondok Polis Kerayong, Masih Hensem dan beroperasi sehingga kini, Pondok Polis ini terletak betul betul di selekoh tajam Jln Triang-Temerloh,
Jambatan Sg. Triang ini dia... tengok tu, Jambatan lama ni rakan rakan semua, Pada masa dahulu sebelum jambatan lama ini dibina (Jambatan yg telah tak digunakan tu) Ayoh saya cerita, dulu ada jambatan gantung, tapi sekarang dah takde kesannye pun dah takde, jadi gambo jambatan lama yg saya snap ni boleh dikira jambatan no dua la, Jambatan yg kelihatan diatas ialah jambatan utama yg diguna kan sekarang.
Kedai Kehong, ni...inilah Kedai Runcit yg terawal ada di Kg. Kerayong ini.. kalau aokme tengok gambo Kedai ni dah beso dah bangunan 3tingkat gayenye. masa jaman dulu dulu Kedai ni Hanya diperbuat dari papan jek, Untuk pengetahuan Aokme ini adalah antara Kedai Runcit utama Orang2 katsini, Saya pun masa Kecik Kecik dulu kat sini lah dimana saya mendapat kan bekalan bekalan permainan dan makanan ringan, memang kedai ni di niagakan oleh turun temurun Keluarga Mendiang kehong, Ada juga satu sejarah, Maza 9w2aza dia tu penoh kena apendik sebenonye.. baru balik dari membeli makanan ringan kat Kedai ni la masa dia kecik aritu.. so dalam perjalanan balik tu tetiba dia kena serangan sakit perut dan pening kepala.(agaknya takdan dia bukak makanan yang dia beli kat kedai Kehong tu agaknye siann pulak), Terus Ayoh saya bawok dia ke Klinik, Upenye dia kena apendik. Alhamdulillah dia dah sihat sejahtera le ni.. he he he.

Okeh kontiniu lagi..

73s
de 9w2frd