Tuesday, July 28, 2009

KONVOI MUHIBAH PEMANCAR - PERAMAH BERA/TEMERLOH MERIAH! Part 1

Siapakah Lelaki kacak lagi bergaya ini? oh 9w2frd rupanya he he he. begitulah Rakan rakan Pada 24-25hb7.2009 bebaru ini telah berlangsung lah event yg di nanti nanti kan oleh rakan Bera Kerayong dan Temerloh, setelah dirancang di recce dan diusahakan selama sebulan lebih akhirnya tiba lah saat dan waktu nya. Semua rakan dari PEMANCAR Terengganu sebanyak 18Buah kenderaan berantenna dan bercallsign datang berkonvoi ke Temerloh dan langsung ke G.Senyum
Ketibaan rakan rakan dari PEMANCAR disambut oleh MARSHAL 9w2aza dan 9w2frd juga SWL Didi dan SWL Nasir dan 9w2rrb.
9w2frd memberi sedikit taklimat berkonvoi sambil diperhatikan oleh 9w2aza dengan penuh kemachoan. Marshal dari geng PEMANCAR juga sedang mendengar taklimat dan semua rakan dari PEMANCAR. Lepas pada tu konvoi pun terus la bergerak ke G.Senyum bermula dari Tol Temerloh. Bukan Plaza Temerloh sebelah Balai Bomba tu tau? ada orang silap sebut aritu hehehe. si 9w2frd dan 9w2aza ni sebenonye ada la sedikit pengalaman yg memboleh kan budok bedua mengescort konvoi secara.. boleh dikatakan okey juga lah.. konvoi pun berjalan dengan penoh gaya hensem.. komunikasi ketika konvoi di conquer oleh 9w2aza dan 9w2frd sambil inform menginform pada semua Geng PEMANCAR untuk berkonvoi dengan best dan hensem.
Tadaaa.. konvoi pun sampai lah di G.Senyum Alhamdulillah semuanya selamat sampai, Alhamdulillah juga parking lot Urusetia di gunung senyum seperti 9w2sza,9w2vms,9w2xma,9w2alu,9w2xre dan ramai lagi dapat me reserved kan parking. memang cekap la geng ni. dia orang susun parking masa masuk pun senang utk Rakan rakan PEMANCAR memaking kan diri.
Setelah kereta geng geng ni dah lock "COT COT" bunyi alarm pun dah dengar. semua berkumpul di dewan utk saringan H1N1, hehe tak lah gurau jek untuk taklimat, setelah taklimat diberi kan oleh Pak AZUAN kita 9w2sza dan Pakrudy 9w2rrb juga 9w2frd Firdaus. diakhiri dengan 9w2rss PAK PRESIDENT PEMANCAR kita Abang Razak. selepas pada tu. semua rakan pun memasang khemah dan Ber BBQ pada malam itu..

To Be Continued...
73s
de 9w2frd