Wednesday, July 29, 2009

KONVOI MUHIBAH PEMANCAR - PERAMAH BERA/TEMERLOH MERIAH! PART2

Berjumpa lagi.. tu dia 9W2SZA dan 9W2RSS juga 9W2AZA sedang berbual di dewan selepas bertaklimat.
Rakan rakan dari pemancar sedang sibuk memasang khemah.. meriah time ni
Haa ini dia... ni dia.. kalau takda la geng geng ni.. perh.. takmakan kita semua, atas kerja kerja mereka semua ni lah kami dihidang kan dengan makan dan minum yg memang sedap terima kasih kepada yg berbaju merah tu yg pegang besen tu 9w2sxc Kak Aisyah, baju maroon tu SWL KAK INA, baju ijau tu 9w2nna Kak Na kita. jasa anda dan rakan rakan di dapur akan dikenang! yang baju biru tu nama dia SHA. eh Alu, iaitu 9w2alu yg juga banyak membantu kerja kerja dapur.. Thanks dude!
Mamat logistik. inilah dia mamat yg paling famesss sekali di Bera Kerayong dan Temerloh. 9w2vms handel Abang, sibuk mengangkat mengantar mengisi barang barang keperluan. begitu juga dengan 9m2mzr bang mazru kita yang bertungkus lumus membawa perkakas perkakas yang diperlukan. taklupa juga kepada 9w2xre. yang juga sangat banyak membantu dalam bahagian logistik.
Malam sesi perkenalan. Pada malam itu bermula lah sesi berkenalan bersama-sama, Rakan dari PEMANCAR dan Temerloh dan Bera Kerayong..

To be continued..
73s
de 9w2frd