Thursday, July 30, 2009

JOM MENGAYUH TO GUNUNG SENYUM! :)

9w2frd bersama Nik. bukan basikal aku tu.. pinjam je. basikal aku warna ijau yg sebelah tu hehehe


Assalammualaikum semua rakan, ingin mengajak rakan rakan yang minat bebasikal takkiralah berada dimana jua, untuk mengayuh ke Gunung Senyum.

Program tak rasmi ini hanya dijalankan oleh rakan rakan ham di sekitar Temerloh dan Kerayong hanya untuk tujuan mengayuh ngayuh seperti biasa, kita QSL sebenarnya pada hari Sabtu ni ada jamboree di belah Utara Tanah Air, tapi program kayuhan to G.Senyum ni dibuat pada hari ahad, sekadar suka suka aja, dan menjemput pada mana mana rakan yang kot kot kebetulan terasa nak pegi tu.. boleh la, hanya untuk suka suka aje.. bukan Event pun hehehe.

Starting : Temerloh di Kg. Tebal (Gerai nasi lemak bawah Jambatan Temerloh)
Time : 7:30am
KM : 30++KM
Balik : Petang selepas rehat, Mengayuh juga bukan naik lori tau.. hehehe
Tarikh : 2hb.08.2009 (Ahad)
HUBUNGI - 019-9673744 (Firdaus Elis) pada mana yang nak join,

Station Ham comfirmed : 9w2aza,9w2frd,9w2kbm,SWAL DIDI,
Rakan lain: Aboh,Nasir bike shop and da gang.

73s
de 9w2frd

KONVOI MUHIBAH PEMANCAR - PERAMAH BERA/TEMERLOH MERIAH! PART AKHIR!

Its final chapter..SALAM! hehehe.. bersambung lagi kita... Pada pagi itu.. selepas breakpes, makan bihun goreng, kami memulakan aktiviti berpoco-poco, memang behhh betol pagi tu tiga empat kali berulang beraktiviti poco poco.. rakan rakan memang berpoco-poco sampai abeh, gambar di atas tu menunjuk kan yang tengah gelak teramat sangat tu si 9w2frd. dia sebenarnye tengah gelokk ya amat sangat ke SWL NASIR yang membuat tarian aneh, jadi 9w2frd da takboleh tahan lagi.. he he he
Tarian poco poco yang hebat dipersembahkan.. kebetulan SWL DIDI ni snap dari hadapan. tersnap lah gambo 9W2ALU,9W2FRD,9W2AZA,SWL NASIR. melakukan tarian poco poco dengan agak serentak hehehe..
tudiaa... berlatar belakang kan GUNUNG SENYUM, begitu meriah sekali rakan rakan PEMANCAR dan PERAMAH bersama sama melakukan aktiviti poco poco. itulah dia ukwah yang kita cari cari.. Alhamdulillah
9m2mzr dan harmonic, dan SWAL DIDI juga 9w2aza di dalam gua di gunung senyum, mereka berada di gua terang bulan, bersama rakan rakan PEMANCAR dan PERAMAH.
Jadi kepada semua rakan. selepas lawatan ke gua gua di Gunung Senyum, geng geng ni turun dan makan tengah hari berlaukan Patin masak tempoyak dan lauk lauk kampung origin Temerloh, pekena dengan belacan! perhhh memang sedappp! after siap semua tu rakan rakan pun mengemas khemah dan diakhiri dengan ucapan ucapan dari wakil wakil ham radio, dan semua rakan, penyampaian cenderahati dari geng Temerloh dan Bera, juga dari geng PEMANCAR. dan sesi pertukaran Bendera Pahang dan Terengganu, dan bergambar kenangan.. tapi sayangnya dalam posting ni takdapat nak post gambor tu disebabkan kamera kehabisan betri,

KONVOI
Selepas selesai semua berjabat tangan bersalaman, Semua rakan mula bersiap sedia utk berkonvoi balik, jadi di leadkan oleh 9w2aza as a ZERO CAR dan disertai oleh 9w2guu sebagai HOT CAR dan 9w2frd sebagai LAST CAR. dalam perjalan balik, seperti biasalah konvoi dilaksana kan dengan baik atas kerjasama geng PEMANCAR, ZERO,HOT,DAN LAST. Keluar dari konvoi di exit Tol Chenor, dimana rakan rakan PEMANCAR memasuki Tol itu untuk terus mobil ke Terengganu. Cuma di perkarangan Plaza Tol telah berlaku kemalangan yg sangat kecil, sesama rakan ham, tapi alhamdulillah sekadar tercuit sikit aja.. Alhamdulillah segalanya selamat.

Disini kami PERAMAH BERA/KERAYONG ingin mengucapkan jutaan terimakasih! Kepada geng TEMERLOH kerana terlalu banyak berkorban dan membantu dan menjayakan EVENT Tersebut, tanpa anda siapalah kami, dengan usaha,doa dan diizinkan ALLAH segalanya berjalan dengan lancar. Jutaan Terima kasih kepada Rakan rakan dari PEMANCAR yang sangat sporting! dan kerjasama yg diberikan kami sangat hargai! hanya ucapan jutaan terima kasih sahaja yang kami mampu ucapkan! kepada anda semua terima kasih ! terima kasih ! terima kasih
! terima kasih
! terima kasih
! terima kasih
! terima kasih
TERIMA KASIH KEPADA SEMUAAAAAAAA RAKAN HAM YANG SUDI DATANG! DAN SEMUA PIHAK! YANG TERLIBAT. tak lupa juga kepada Ustaz Din yang dapat hadir di Subuh hari itu..

Semoga kita bertemu lagi! dilain masa, yang buruk datang nya dari kita yang baik tentunya dari ALLAH S.W.T. Semoga kita dilindungi oleh ALLAH S.W.T. aminnn.....

Kalau ada sumur di ladang boleh saya tumpang mandi, jika ada umur yang panjang kita berjumpa lagi...

73s
de SEMUA RAKAN HAM BERA/KERAYONG DAN TEMERLOH!