Monday, August 3, 2009

Kayuhan to Gunung senyum menguji mental hehehe

Asslammualaikum.. haa Ahad baru ni telah berjayalah mengayuh pegi ke Gunung Senyum. Bermula dari Teluk Ira, dengan join sekali bersama rakan rakan dari Temerloh Geng2 Nasir Bike. perh.. diaorang semua pakai Road Bike.. alamatnya duk belakang la kami kami ni heheh. apapun ianya sangat menyeronokan. perjalananya tak melalui sebarang offroad, semuanya di atas jalan aspalt biasa. cuma melaui kawan Kampung2,
Dalam perjalan tu.. tinggalah kelompok MTB ni di belakang. so ketika saya ingin menolak belakang 9w2aza utk laju sikit la kononnye di erea Telok Sentang nama tempat tu, dia tak perasan yang saya nak tolak belakang badan dia, so basikal kami telah berlaga la sikit. tak jatuh pun, cuma saya je cemas jatuh so secara spontan la kaki turun ke tanah, terkelecok la sikit.. bedenyut terus sakitnye. saya dah tau dah mesti terseliuh ni.. tapi saya meneruskan juga kayuhan, time tu sidikit perlahan kelompok kami.. saya pun terasa kaki makin sakit. jadi saya membuat keputusan untuk meninggalkan kelompok kami di belakang, saya terpaksa mengayuh laju sedikit untuk menghilang kan tekanan di kaki. jadi saya terus mengayuh pada kadar speed 25-30KMh, dan tinggal la saya seorang di pertengahan jalan tu. sehinggalah tiba di Gunung Senyum, geng2 roadbike tadi dah ada disitu.. ketika turun basikal tulah paling sakit skali. rasa takmampu untuk memijak lantai. jadi rakan roadbike ni tadi suh saya bukak kasut, bila bukak je, peh.. gemuk kaki ku jadinye dah bengkak. selepas rakan roadbike memberi saya ubat sapu tu.. terasa la lega sikit.. terima kasih kawan ku..
Selepas duk minum2 air di gerai tepi Gunung Senyum tu.. akhirnya tibalah 9w2kbm,aboh,9w2aza dan SWAL DIDI.. lalu kami pun ramai2 amik gambar secara berkumpulan.. hmm satu kenangan yang indah buat saya yang baru ini.. :)
Ha.. ni tengah menahan sakit la ni.. tapi maintain kontrol..
Sempat lagi.... pada masa yang sama seperti biasalah di G.Senyum ni bila ari Ahad mesti ada Pihak Sekolah atau Persatuan atau dari mana mana Badan akan membuat aktiviti perkemahan di G.Senyum.. ketika saya sedang pusing2 di kawasan Gunung tu ternampak la sekumpulan Pelajar YL yang nak besiap balik bergambar, tak semena mena dapat la saya bergambar sekali he he he.. yeay! Terima Kasih pada Adik Adik semua kerana sudi bergambar dengan saya iye..
Dalam keadaan sakit sakit tu pun bila dah ajak bergambar ilang pulak rasa sakit tu he he he.. thankyou everyone!

Pastu kami pun memulakan lah kayuhan pulang dari G.Senyum ke Teluk Ira,
memang panas terik time tu.. Alhamdulillah kaki dah rasa lega sikit time tu.. dan akhirnya sampai lah di destinasi asal..Total 70+km lega rasanya, apa lagi bebelang la kulit he he he.. petang tu bila sampai umah.. memang dah bengkak sangat kaki.. tepaksa berjalan menggunakan tongkat. tapi arini dah takguna tongkat dah oleh kerana kasih sayang seorang bergelar Ibu 9w2rby ibunda ku, dan maksedara 9w2sxc telah rawat kaki ku mengguna kan daun Temaga sose rasanya. disalai dibalut di kakiku. Alhamdulillah bangun pagi tadi dah takda rasa sakit dan mampu berjalan tanpa perlu pakai tongkat.

Apapun terima kasih pada semua rakan, dan Cylist Temerloh kerana sudi mengayuh sama.. sehingga kita bertemu lagi! dan semoga kita dirahmati ALLAH S.W.T. Amin..

73s
de 9w2frd

Basikal ku basikal ku jua.. My new HARO SHIFT

Asslammualaikum.. Selepas lama berangan nak ke Basikal yang mempunyai spec yang lebih baik, dan chasis yang baik akhirnya saya telah memperolehi basikal idaman hati..Dengan Izin ALLAH S.W.T. dimurahkan rezeki tercapailah impian.. saya beli basikal ni secondhand sebenarnya, tapi dalam keadaan yang cukup baik. dari seorang rakan Ham juga.
Pemilik yang bersyukur kehadrat Ilahhi..
Petang tu.. terus offroad dan..bermain melompat sini sana.. badan ku sihaaattt... ehehehe

-- Sedikit spefikasi..
BIKE- HARO SHIFT
FORK DEPAN- FOX VANILLA R.
SUSPENSION BELAKANG - FOX DHX 5.0
SEAT - ROYALGEL
HANDEL - AMOEBA BORLA RACE PROVEN
PEMEGANG HANDEL BAR - FSA DH. 350
TAYAR - PANARACER
BRAKE SYSTEM - JUICY THREE HYDRULIC BRAKE
CRANKSET -SHIMANO DEORE XT
DELARIUR - SHIMANO XT
lagi apee yek.. itulajela lebey kurang..

73s
de 9w2frd