Wednesday, September 2, 2009

Kita adalah kita...

Assalammualaikum.. Hmm..

Ya kita adalah kita, becerita tentang kita adalah kita ni bukan apa sebenarnya, kengkadang kita seringkali lupa bila kita dah berjaya, takkiralah di dalam apa bidang sekali pun sering kali kita mendabik dada dengan kejayaan yang telah kita perolehi itu, sesungguhnya kita lupa akan kejayaan itu dikurniakan dari ALLAH S.W.T. . Ya kita berusaha sendiri dan diiringi doa, tetapi yang menentukan itu, ALLAH.. ya benar.. Contohnya masa kita susah dahulu, rakan rakan kitalah tempat kita mengadu, minta bantuan dan pertolongan. (selain dari mengadu kepada ahli keluarga kita)

Tetapi bila kita telah mengkecapi kejayaan, kawan kawan kita yang membantu kita tadi terus kita lupakan mereka yang penat dan lelah membantu kita dikala kita perlukan mereka suatu hari dahulu, kita terus melupakan jasa mereka. Itulah yang harus kita jauhkan dari sanubari hati kita, biarlah kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan janganlah kita lupa dari mana asal kita ini, dan dari mana punca kejayaan kita ini, senang cakap kita ingat kan diri kita ini, dulu kalau tiada yang membantu dan tidak ditentukan ALLAH nescaya tentu kita tak berjaya dan harta itu bukan milik kita. Sesungguhnya ujian kekayaanlah ujian yang paling getir oleh ALLAH S.W.T. Perhhh.. jangan memain rerodong, sesungguhnya ALLAH boleh menarik rezeki kita bebila masa je.. Bila dah tiada.. mula la tak keruan.. Apapun harus la kita sentiasa Bersyukur kehadrat Ilahhi.. Syukur Alhamdulillah bila setiap apa yang kita dapat, jadinya janganlah kita lupa bila kita dah berjaya dan berubah, kerana walau bagaimanapun berjaya, kita adalah kita bila Kita meninggalkan dunia harta bukanlah bekalan kita, akan tetapi hanya amalan dan taqwa itulah bekalan kita dan, ITU ADALAH KITA.

Terpikir nak tulis cerita ni puncanya ialah...
Dapat satu SMS dari 9w2wfa Marwan Sepupu saya, ngajak bersolat Terawikh di Masjid lama Kampung Kerayong, almaklum la semenjak ada Masjid Daerah ni, semua saudara kita bertumpu di Masjid Besar Daerah Bera, Walaubagaimanapun Masjid Kg. Kerayong tetap berjalan seperti biasa, Solat 5 waktu, cuma Solat Jumaat taklah. jadinya agaklama juga dah tak berkunjung ke Masjid Kg Kerayong tu, lepas siap solat.. Duk termenung di tangga Masjid tu.. memandang kearah Perkuburan Islam. Semua Penghuni kubur itu semua nya sedara mara saya, termasuk lah Nenek Moyang saya, agaknya tiba time saya esok disinilah bersemadinya..

Saya terus memerhatikan kerangka Masjid tu, isinya, tempat ambil wuduknya pintunya, terus menggamit memory silam.. masa saya usia 4tahun hinggalah darjah 6 sempatlah merasa Solat Jumaat disitu, dan banyak aktiviti orang kampung Kerayong dijalankan di Masjid tersebut, tu jugalah tempat saya bermain ketika zama kanak2 riang dahulu indahnya kenangan silam,

Tersentak dengan itu.. Saya didatangi seorang Pakcik menyapa saya ajak moreh, pakcik tersebut melemparkan senyuman ikhlas kepada saya, lalu saya pun mengikutnya ke ruang makan masjid itu, masa itu ramailah saya jumpa pakcik pakcik original Kampung Kerayong, bila mereka nampak saya terus sibuk mempelawa saya makan, dan menyediakan makanan dan minuman untuk saya, terharu rasa di hati ini. sungguh baik hati orang orang Kampung Koi ni upanya, bila saya perhati kan seorang demi seorang. masih saya ingat wajah wajah mereka, tapi ada dari mereka telah meninggalkan kita semua, semuanya yang aktif dalam perihal kampung koi ni. ada juga orang orang baru yang saya tidak kenali, ada orang kampung menanya kepada saya, mana yang lain takdatang ke? semuanya kenal kepada saya, walaupun dahulu saya kecik lagi, nakal.. tapi rupanya bila dah besar gini rupa pun mungkin dah berubah wajah, tapi rupanya orang kampung ku masih mengenali walaupun jarang jarang sekali jumpa, walaupun saya berada di lokalan yang sama, cuma jarang berjumpa geng geng otai ini. tapi bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana saya juga tak melupakan mereka semua Orang Orang Kampung Koi yang baik hati ini.. dan akhirnya walaudah besar lebar aku ini.. bila kita kembali ke tempat yang kita sangat biasa satu masa dahulu, dan masih ada yang mengenali kita, dan kita mengammit memori silam.. baru lah kita ingat.. kita adalah kita... semoga kita mensyukuri Rahmat yang diberi ALLAH.. dan semoga kita Sentiasa di jalan ALLAH... aminnn

73s
de nain dabeliu too foxterot romiyo delta.