Wednesday, September 9, 2009

Cita-Cita yang tak pernah kesampaian...

Kenderaan 9w2frd di tempat kejadian.

Asalammualaikum Semua kawan ku.. Hari ni saja lah ingin ku cerita kan tentang cita cita ku yang belum pernah kesampaian, apakah cita cita tersebut? Mari sama sama membaca.

Menda agaknye cita cita ku yang tak kesampaian ni yek? Mesti Rodong rodong semua ingin tahu juga kan? Tapi saya nak bagitau awal awal jangan tergelak pula, biar saya cerita dari mula..

Masa zaman kanak-kanak dulu saya ni sentiasa mengikuti Mama saya atau Papa saya ke pasar, atau ke kedai sayur, menaiki motosikal biasanya, apabila sampai di kedai sayur di Kg. Kerayong ni bila ma atau pa saya membeli sejenis buah tu, saya mesti akan ralit tengok pekerja/tokey kedai tu mengusahakan buah tersebut? buah apa? haa ini yang kita nak cerita kan ni ha.. iyadak?

Sejak dahulu lagi bila ma atau pa saya beli buah tu, bila tokey kedai tu sedang mengusahakan buah tersebut, saya akan duduk la dekat dengan pengusaha tu, saya tengok dia mengusahakan dengan mengguna kan mesin. saya minat sangat tengok bila buah tu dikerjakan. Saya akan duk termenung tepi mesin tu, sambil memerhatikan teknik-teknik yang digunakan pekedai. Buah dan mesin apa ya? tunggu.. Sejak dari dulu lagi saya memang bercite cite untuk menggunakan mesin tersebut, ingin saya pelajari cara cara mengguna kan mesin itu. Memang minat la nak mencuba, pernah sekali di rumah Atok saya menggunakan mesin tersebut, lalu saya mintak dengan ma saya untuk testing mesin tu sambil mengerjakan buah tersebut. Tapi dilarang oleh Orang tua, kerana dikuatiri merbahaya. Al maklum la budak kecik kan?

Hinggalah kini akhirnya saya dah melupakan mesin tersebut. Tak semena mena dengan tetibe arini 9w2rby ma saya ngajak saya ke kedai yang welknown di Kg Kerayong. iaitu kedai Agong, Taukeh Cina yang dikenali oleh orang Kg. sampai dikedai tersebut ma saya membeli buah tersebut dan suruh pekerja dia memesin kan buah tersebut. Bila saya perhatikan pekerja tu tengah memesin buah tu. Saya terus teringat kenangan silam.. Iaitu semenjak kecik lagi hinggalah ke usia 21 tahun ni masih belum pernah aku menggunakan mesin tersebut. Lagi sekali saya teralit memerhatikan perkerja itu memesinkan buah tu.. Hmm best nyela kalau saya dapat cuba sekali mesin kan buah ni mengguna kan mesin ni.. Tapi dah usia 21 tahun masih lagi belum tercapai cita cita ku..

He he he Agaknya Mesin apakah yang dimaksudkan oleh saya tu ye? ini benar ni...

Sebenarnya ialah ..........

MESIN KUKUR KELAPA..... MOGA SATU HARI NANTI SAYA MERASA MENGGUNA KAN MESIN INI SAMBIL KUKUR KELAPA AMIN.... 73S


73S
DE Nain dabeliutoofoxterotromiyodelta