Wednesday, September 16, 2009

Ramadan pergi... Menjelang Tibalah Aidilfitri...


Asalmmualaikum Semua rodong2...

Kini.. Ramadan untuk tahun 2009 Hampir meninggalkankan kita dengan penuh kemulian dan kesucian yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. Bulan yang penuh dengan Fadhilat dan kebaikan.

Ya Selepas Bulan Ramadan meninggalkan kita, kita menyambut hari kemenangan, iaitu Hari raya Aidilfitri, dibulan Syawal ini pula kita mencipta yang baru sesama kita, maaf bermaafan. bina hidup yang baru, dan kita syukuri kepada ALLAH S.W.T. Semoga dipanjang kan umur untuk kita merasai di Hari Raya ini.

Semoga Ramadan ini, segala amalan kita, solat kita, Puasa kita, dan puasa yang bukan sekadar menahan lapar, tapi juga mengawal nafsu kita, juga pertuturan bahasa kita dan juga mata kita dan juga tingkah laku kita, semoga segala amalan baik kita itu di bulan yang mulia ini diterima olehNYA.

Semoga ALLAH menerima segala amalan baik kita, InsyaALLAH jika kita Tawadduk melakukan perintahNYA insyaALLAH amalan baik kita diterima, semoga ramadan tahun ini kita memperolehi Pahala olehNYA untuk bekalan di akhir nanti.

Aidilfitri.
Seiringan dengan itu kami Ham Kerayong ingin memohon ampun dan maaf segala salah silap yang mungkin tidak disengajakan dan tanpa disedari, segala penulisan, gurau senda, dan segala tingkah laku kami, kami memohon ampun maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MINALAIDIL WALFAIZIN


73S
DE HAM-KERAYONG!!