Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya Aidilfitri di Kg Kerayong Meriah!

Asalammualaikum W.B.T. Kepada semua rakan! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin! Meriah sungguh Ham kerayong Beraya di Kg Kerayong! dan kami sekeluarga, Alhamdulillah dengan keizinan dari Allah taa'ala kita merasa untuk mensyukuri nikmat dariNYA cemerlang sungguh pagi itu semua Umat islam menyambut hari kemenangan ALHAMDULILLAH SYUKURI KITA KEPADA ALLAH S.W.T.

Gambar diatas 9w2frd yang tengah enak makan Bihun goreng pedas masakan keluarga belah ayah beliau di dapur umah atuknya, informasi mengatakan ketika dia dah nak abis makanan yg dimakanya dengan secara tetiba kerusi tu pecah dan patah. he he he... mungkin makin berat time tengah makan kot? he he he apa pun Selamat Hari Raya!
Gambar Keluarga JP Mohd Noor, Keluarga yang bahagia Alhamdulillah.. ini pun ada yang tak balik, gambo 9w2frd takdak dalam ni. sebab dia yang snap gambar he he he.. Setiap tahun disinilah keluarga kami bergambar. kalau dilihat koleksi gambar2 keluarga ni. dulu sikit je orang. sekarang.. makin bertambah he he he! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari HAM KERAYONG dan FAMILI!!!!!



Berita Sedih, Pada hari raya pertama, petang tu tak jauh dari rumah ini, ada kemalangan jalan raya terlah berlaku. di selekoh berhampiran Paya Pagar, sebuah motor bertembung dengan kereta, dengar khabarnya mangsa yang menaiki motor itu dari Kg. Mengkarak, Harini dapat info penunggang motor dan pembonceng telah Meninggal dunia... Innalillahhiwainnaillahirojiun...
Al - Fatihah...


73s de Ham Kerayong!