Monday, September 28, 2009

Ribut,Hujan batu, Antenna HF tumbang..

9w2rby menunjukkan antenna yang patah
pandangan antenna cp6 dari bawah
boom yang patah menyebabkan antenna tumbang (ketinggian boom 30kaki)
Patah dah...


Asslammualaikum, Hari ini 28.september tengah syok 9w2frd dan 9w2rby tengok movie.. tetiba hari menjadi gelap, jam lebih kurang jam 1400hr lebih, dengan secara tetiba hujan menderu turun dengan begitu lebat sekali. diikuti Ribut yang kuat, hingga menampakkan rebasan air bersama angin mencurah ke kesana kemari, memang kuat ribut nya. pada masa yang sama kami 9w2frd dan 9w2rby menyaksikan ribut dari dalam rumah berdekatan dengan berandar rumah,

Keletuk keletak bunyi di atas bumbung, rupanya diikuti hujan batu! dah lama tak tengok hujan batu, kemudia 9w2rby pegi tengok dari tingkap bilik nya, dengan tetiba dia memanggil 9w2frd, Firdaus!!! Antenna tumbang!!!! bila 9w2frd pegi tengok... mak ai... dah tumbang antenna hf aku rupanya! mmg kuat la ribut tu kiranya, trap patah, antenna bengkok.. Apakan daya semuanya Kuasa ALLAH yang menentu kan.


Sikap kucing yang pelik,
masa sebelum ribut, ketika langit dah mula menjadi gelap, dengan tetiba 9w2frd dan 9w2rby pelik tengok perangai kucing dia, sebelum ribut lagi kucing dia dah mula susah ati, kehulur kehilir dengan muka takut, pastu nyuruk bawah katil. upa2nya ada ribut yang nak tiba.. Agaknya tu lah kelebihan binatang,

Info trafik 9w2ozm
Selepas kejadian 9w2frd monitor di freq v20, dapat info dari 9w2ozm rupanya banyak pokok tumbang di jalan Triang Temerloh,

Apapun itulah kuasa ALLAH S.W.T. yang menentu kan segalanya dan menjadikan segalanya, kita harus redha dengan KehendakNYA..
Semoga kita dilindungi ALLAH S.W.T.

73s
de 9w2frd