Thursday, October 8, 2009

Akhirnya... dah berlalu lah ujian CW 2 2009...Tahniah HAM KERAYONG, KUANTAN dan TEMERLOH!!!!

antara senarai result yg sempat di snap
Asalammualaikum W.B.T. Berjumpa kembali kita, iya... akhirnya, setelah 5-6 bulan study Kod Morse, akhirnya tiba lah waktu yang ditunggu tunggu kita, 7.Oktober..Apa pun tahniah kepada yang telah LULUS kepada yang GAGAL tak mengapa.. bukan gagal selamalamanya, Kami yakin anda pasti berjaya pada next CW TEST yang dikatakan akan diadakan pada bulan March tahun depan! - Gambar diatas ialah geng geng dari Pahang yang dah bermalam di Puchong Selangor.
9w2frd,9w2hoo,9w2alu,9w2aza,9w2vms dan 9w2adh,9w2rby,9m2mzr, tengah nak tunggu air sampai di OldTown.
The day! 7 Oktober rakan rakan dah sampai di Perkarangan MCMC Cyberjaya, pagi tu sempat lagi rakan2 Ham menatap kenderaan 9m2zc, tengok antenna HF dia tu Tactical punye...
Tudia... Candidate CW TEST kali ni memang ramai..(tu pun ada yang belum sampai dalam gambar ni) Terima Kasih pada Orang Lama Ham Radio yang sudi datang membakar semangat kami antaranya 9m2nm(Pak Nordin) 9m2ar(Cikgu Rahman) 9m2rs(HJ.Rashid) 9m2zc(Pak Zakaria) dan Ramai lagi termasuklah 9m2-9m2 yang baru. dan 9w2 yang sentiasa mendorong dan mendoakan kejayaan kami..! Terima kasih semua!
Geng Geng Pahang yang menduduki UJIAN CW! Pahang antara yang teramai Candidate UJIAN CW! Terima kasih kepada 9M2NM Pak Nordin yang menemani Geng Pahang dari pagi hingga ke Petang, juga 9M2MZR Pak Mazru dan 9w2VMS Abg.
Candidate dan semua rakan Ham bergambar Kenangan di pintu masuk SKMM Cyberjaya

eh? mintak Sain 9m2 dah? taksabo betul geng Pahang ni yek? he he he...

9w2Alu.. Bang Alu atau nama sebenarnya Shahrol Azrin Kamarudzaman, yang MEMERCIK kan AIR MATA nya he he he.. kawan kita ni terharu dan sangat bersyukur kehadrat ALLAH kerana LULUS Ujian.. Tahniah Alu!
Rakan Ham dah mula duk kerumun tengok rakan2 yang dah mula start menghantar Kod Morse pada sesi kedua.
Kawan Baik. 9w2frd dan 9w2alu anak muda yang berusia 21-23 Tahun ni bersyukur kehadarat Illahi kerana telah melepasi ujian Kod Morse.. tahniah kepada anda semua!! Kepada yang gagal tahun depan dalam bulan March mesti pergi menduduki Ujian Kod morse sekali lagi tau!!! mesti lulus punya! berlatih dan terus minat kan diri dengan CW. dan jangan putus asa!! semoga berjaya!!! apapun Bersyukur kita kepada ALLAH S.W.T. Alhamduilillah!!! syukur...



Rakan Ham Kerayong, Kuantan, dan Temerloh yang menduduki Ujian CW :


9W2RBY KAK ROBI (TAHUN DEPAN MESTI LULUS)
9W2AZA MAZA :LULUS
9W2FRD FIRDAUS :LULUS
9W2ADH ADHA :LULUS
9W2OZM BAJAM :LULUS
9W2HOO HO :LULUS
9W2ALU ALU: LULUS
9W2SZA PAK AZUAN (TAHUN DEPAN MESTI LULUS)
9W2RZL (TAHUN DEPAN MESTI LULUS)

REKOD TERBARU : 9W2ALU - BAKAL 9M2 PERTAMA TEMERLOH!

73S
Semoga kita sentiasa dijalan ALLAH dan memperolehi keredhaan ALLAH S.W.T.
amin...
de Ham Kerayong!