Friday, October 30, 2009

Bahaya Roadbike kepada Mountainbiker

Basikal oh Basikal
Bile dah bawak Roadbike saya punya MTB HARO SHIFT dah makin kurang bergerak
Dapat Free he he he..


Asalammualaikum he he he..
Saja la buat tajuk ni.. Dimana kita tahu rama Rakan RADIO AMATUR kita yanh aktif dalam bidang kayuhan Basikal kan.. Ha bukan apalah saya ni biasa bawak MTB (Mountain Bike) dari dulu lagi dan segala aktiviti berbasikal mesti akan bawak MTB, hingga perabih wang Ribuan ringgit kat MTB,

Tiba kan sekali tu adalah rakan Ham dan Bukan Ham ni meracun saya dengan Roadbike(basikal lumba) bile dah tercuba sekali mula lah.... Takleh lupakan roadbike ni, tibe lah satu hari ada biker ni meminjam kan Roadbike beliau kepada saya, patutnye saya pinjam Dua tiga hari je, tapi foward sampai dekat 2minggu, syok sangat bawak roadbike upenye,

Sampailah satu tahap saya diracun tahap roundup plak oleh geng roadbike di Temerloh dan Kuantan akhirnya saya pasrah, dan terus rasa jatuh cinta terhadap Roadbike ni, dan terus sibuk mencari,

Akibat racun melampau oleh rakan rakan ada yang sanggup memberi rangka Roadbike dan Rim dan beberapa barang dengan nilai yang amat murah.. Taktahan bang, melayang lagi duit.

Alhamdulillah akhirnya dapat la sebijik.. Jenama FUJI size 52 memang size saya la, cuma Shifter dia je yang terpaksa rojak skit. InsyaALLAH akan di upgrade lagi pada masa akan datang,

Rupanya bila dah ada roadbike sendiri, mountainbike telah ditinggalkan dan jarang sangat dah bawak mountainbike, bagi yang suka long distance di jalan raya dan speed 36kmj keatas, roadbikelah pilihannya, cuma takleh masuk semak atau hutan jek, hehehehe...

Yang kureng senangnye ialah Kos dia mahal berbanding MTB. tayar sahaja yang paling murah RM60 keatas waduhhh!!!!!

Tapi saranan saya jika ada rakan yang mempunyai MTB yang nak jual demi dapatkan Roadbike saya nasihatkan JANGAN, kerana MTB lagi versatile dan multitask dan banyak kegunaan selain riadah, dimana sebagai Rakan radio amatur mungkin boleh digunakan untuk misi meredah memberi bantuan komunikasi dengan MTB,

73s
de
9w2frd