Thursday, November 12, 2009

BILA DAH PEKENA BARU LA TAU AKAN KESEDAPAN IA

Wakil CHM hehehehe! masa ni 9w2ehm pakai MTB lagi..
Berenti minum di gerai 9w2ybc kak ina
Nilah B1N1 saya sekarang.. duk ngelap je..

Pekena Jersey CHM Cyling Hams Malaysia.. Kami yang baru tiba dari Temerloh. Gambo di snap oleh 9w2aza yang duk tunggu tepi jalan hehehe... kononye depan skali.. hehehe
Air air air.. nak air..
Saya pun banyak duk belajar dengan adik adik ni.. baguih betul muda2 lagi dah banyak pengalaman.. Semoga adik2 terus maju dalam sukan berbasikal untuk Negara..


Asalammualaikum.. Becerita skit pasal rakan ham yang bebasikal ni... Saya dan 9w2ehm Suwadi, kini dah terjebak habis dengan Roadbike.. Langsung berpindah arah dari MTB ke Roadies... Walaubagaimana pun MTB kitaorang masih diperam di dalam umah dan takkan di letgo kan wat masa ni..

Memula saya dapat cekau roadbike.. pas diracun abih kat 9w2EHM.. akhirnya dia akur dan usaha punya usaha dapat la roadbike gak sbijik..

So bebaru ni kami mengikut la kenalan kami beserta dengan beberapa Pelumba basikal dari kalangan adik adik.. Perh.. diaorang ni.. Memang betul pelumbe la.. laju amat, biasalah kami ni orang baru,

Bermula la satu pagi tu kami start dari Temerloh mengayuh ke Bandar Kerayong Bera, pegi dan balik total lebih kurang 60KM dari awal lagi saya dah set minda akan ikut kelompok depan, walaupun tak berapa ramai janji duk depan, agaknye dengan menguatkan mental, belatih dan pegi sains sukan bebaru ni alhamdulillah tak disangka2 dapat follow adik2 racer kita ni dari Temerloh to Kerayong non stop, 30-40kmh, mak ai... Bagi orang baru macam saya ni kira laju la tu.. Tapi alhamdulillah mampu lagi follow.. Bukanlah nak belumba dengan diaorang, tapi sekadar mencabar diri saya sendiri dan menguji kemampuan stamina, Alhamdulillah boleh lagi rupanye hehehe...

FYI memang adik adik ni pelumba bagi wakil Daerah dan sebagainya.. Dimana masa kami HAM KERAYONG dan TEMERLOH menjadi teknikal team dan Pemandu KOMISAR(pengadil) masa Lumba Basikal Piala Tengku Mahkota aritu. pas abis Race tu ada plak Race utk remaja di Rompin Sport Excel nama dia tak silap. Memang adik adik ni ada, termasuk la Sukan Remaja bebaru ni.

Tapi tulah.. Rupanya bila dah start ngikut geng Roadbike ni dapat merasakan nikmat kayuhan rupanya..ada rasa kesedapan dia hehehe.. ITULAH SEDANGGGNYEE!!!

Biasalahh Setiap orang ada minat masing2 tapi saya kini dah berubah minat dari MTB to ROADBIKE.. Walaubagaimanapun cuba meminati dua dua.. tu la dia... apappun kita sama sama minat sama sama belajar diantara satu sama lain.. Berkongsilah Ilmu. Insyaallah kita akan mendapat banyak lagi ilmu.. Amin....

73s
de 9?2FRD