Tuesday, December 1, 2009

Qso on 40M with 9M2ZC

9M2zc Bang Zak punya Mobile.. atas tu bukan Roof Rack. Tapi Antenna HF MOBILE TACTICAL punya,
Set HF pada Mobile 9m2zc.
Thanks for the call my friend!


Salam kebelakangan ni Rerajin juga lah masuk di 40M dalam Mode LSB di 7.043.00MHZ.

Alhamdulillah banyak juga stesyen 9m2 9m2 di freq ni, antara yang saya paling seronok juga ialah bekerja dengan 9M2ZC Bang Zak, ada masanya dia CQ di jaluran, dan ada masanya dia respon CQ Call dari saya atau memana rakan2.

Apa yang best nya 9M2ZC ni bila qso dengan dia mesti dia tengah Mobile, first dapat dia tengah mobile di Jengka Pusat, tapi hari ini dapat dia sedang Bermobile Di Kuala Lumpur ke KLIA. Seronoknya bekerja di 40M ni ialah kekurangan Skip gelombang mudah bersimplex pada jarak dekat/jauh, untuk sesama Rakan yang menggunakan 40M ni, Hmm ini kalau 2Meter ikut antenna base saya ni mesti takdapat simplex sampai Ke Kuala Lumpur, terutama pada rakan yang Mobile, kalau Base station rakan yang tinggi tu lain lah..

Apa yang seronoknya di 40M ni.. kalau kita mempunyai setup hf set dan antenna HF yang bagus pada Mobile Station kita, memang takda masalah untuk bersimplex dengan rakan yang jauh/dekat sekalipun, mahupun kita berada di Kerayong Pahang sebagai contoh, biasanya tiada masalah untuk bersimplex walaupun rakan kita berada di Utara Tanah air sekalipun, Simplex(40M) bukan repater.. :)

73s
de 9m2frd