Tuesday, December 8, 2009

Jangan disangka panas air tak naik!

Asalammualaikum semuar rakan2 ku, ya jangan disangka hari panas dan tak hujan air tak naik, kebarangkalian hujan dihulu! kelihatan tengah hari tadi air sungai Triang dah mula melenggeir (menghampiri) tepi jalan. Gambar ini di Paya pagar, snap petang tadi time tengah kayuh basikal..
Tengah hari tadi, Sungai Triang di Kuala Bering, tengok tu dah besar airnya walaupun cuaca panas tapi air naik mendadak.
Saya kurang pasti sangkor sepa ni, sama ada kojek,atau beri atau rahim.. dah pecoh langgor tebing,
Ya laluan ke kebun dan rumah Bang Beri dah di tenggelami air, semalam boleh lalu airini... Haihh jangan buat pasei weih.. silap langkoh dalam sungai... dalam tu wei!

New info! saya baru je pulang dari Rumpun Makmur ni, ketika kami sekeluarga ondaway kesana lebeh kurang jam 1945hr. di Paya Pagar telah Kelihatan 3Buah Kenderaan Polis dan Sebuah Van Bomba, apa yang saya tengok pihak berkuasa sedang Marshalling di kawasan itu, tak la berhenti di situ, tapi apa yang saya rasa mungkin penduduk di kawasan rendah tu telah di pindah kan atas dasar keselamatan, itupun cuaca tak hujan, kalau hujan? Ha lagi la cepat air naik..

Takpe lagi,lepas balik dari Rumpun Makmur lebeih kurang jam 0000HR tiba di kawasan Paya Pagar tengok air makin naik lagi, kelihatan rumah Wan Nisah dah kosong, hmmm dalam tak hujan air makin naik juga ye. mesti hujan di Hulu ni.. apa pun kita Doa kan agar semuanya selamat.. Amin Ya rabbal alamin...

QST TO ALL AMATEUR RADIO OPERATOR IN BERA KERAYONG PAHANG!!!
SILA SENTIASA MEMANTAU DI FREQ. V20, DAN SILA LAPOR QST DI DALAM JALURAN JIKA TERDAPAT SEBARANG INFORMASI KECEMASAN YANG PASTI! HARAP DAPAT BEKERJASAMA.. URGENT TRAFFIC IS NO 1 PRIORITY!

9M4RAA OPERATE POWER WITH SOLAR! KEPADA RAKAN RAKAN JUGA HARAP KITA DAPAT MENGGUNA KAN REPEATER 9M4RAA KETIKA BERLAKU SEBARANG BENCANA, WALAUPUN KITA TAK MINTA DITIMPA BENCANA TETAPI JIKA ADA SEBARANG INFO TRAFFIC YANG URGENT SILA BERI KEUTAMAAN URGENT TRAFFIC DI 9M4RAA DAN BANTULAH JIKA ANDA BOLEH BANTU DARI SEGI KOMUNIKASI RADIO AMATUR...
REPEATER BEKERJA DENGAN SOLAR POWER, JADI HARAP DAPAT MENGEKALKAN BEKALAN KUASA DENGAN SECUKUPNYA.

SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN SILA HANTAR QST YANG PADAT,RINGKAS,PENUH MAKLUMAT :)

73S
De 9m2frd dan Ham Kerayong